Write For Us

Pembangkang tak boleh terima kekalahan - Azalina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Cubaan pembangkang untuk mengagalkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui undian belah bahagian nyata tidak berjaya, apabila anggaran perbelanjaan untuk kementerian tersebut telah diluluskan dengan majoriti mudah.
Dalam satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembangkang dilihat seperti tidak boleh menerima keputusan tersebut apabila menimbulkan kekecohan di dalam Dewan walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah memutuskan keputusan tersebut.
Kata Azalina, keputusan undi belah bahagian ini juga membuktikan sistem demokrasi di Dewan Rakyat terus subur dan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Azalina berkata anggota-anggota Parlimen perlu menghormati keputusan itu kerana proses dijalankan mengikut prosedur yang dibenar di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
- Kecoh... Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018
Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.
Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment