Write For Us

Boleh bahas RCI forex di Parlimen, soal Guan Eng pada Azalina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng memohon kepada Dewan Rakyat untuk membahaskan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia di Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said meminta diberikan masa dan satu jawapan bertulis akan diberikan.
Walaupun tidak ada dalam Kertas Perintah, laporan RCI setebal 400 halaman itu dijangka diberikan kepada Ahli Parlimen kemudian pada hari ini, hari terakhir sesi semasa.
RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian tukaran mata wang asing yang ditanggung oleh Bank Negara dan implikasinya terhadap ekonomi negara.
Suruhanjaya akan memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan telah mengelirukan kabinet, Parlimen dan orang awam.
Seramai 25 saksi - termasuk Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin - memberi keterangan pada pendengaran selama lapan hari.
Empat puluh dua dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment