Write For Us

'Pelik, dah tau kalah ke?'- Azalina soal Takiyuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said menyifatkan kenyataan seorang pemimpin kanan PN yang mahu memfailkan petisyen jika PH menang dalam PRK Kuala Kubu Baharu bukan saja petanda mereka sedar akan kalah, bahkan "pelik".

Bagaimanapun Azalina berkata, isu memfailkan petisyen merupakan hak seseorang dan parti.

Pada 7 Mei lalu Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, mengingatkan pengundi Kuala Kubu Bharu yang mereka mungkin perlu menghadapi pilihan raya kecil sekali lagi jika calon pembangkang, Khairul Azhari Saut, kalah.

Hal itu kerana, kata Takiyuddin, PN akan mengemukakan petisyen bagi mencabar kemenangan berkenaan dengan alasan berlaku amalan rasuah dalam pilihan raya tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment