Write For Us

Terima kekalahan, pastikan peralihan lancar - Khaled

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Barisan Nasional (BN) Johor percaya keputusan rakyat dalam memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dibuat dengan penuh kesedaran kerana rakyat mengharapkan kerajaan yang lebih baik.
Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata seluruh jentera parti termasuk sukarelawan dan penyokong sudah berusaha sehabis baik yang mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat, namun, suara demokrasi rakyat harus dihormati sebaiknya.
Khaled berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media BN Johor malam tadi.
Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Umno Johor berkata pihaknya menerima keputusan PRU itu dengan hati terbuka dan seluruh pasukan BN Johor akan memberikan kerjasama sehabis baik untuk memastikan peralihan kerajaan negeri dapat berjalan lancar, segera dan tenang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment