Write For Us

'Bayar dapat kad akses, tak bayar mohon maaf' - Menteri KPKT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal dilancarkan tahun depan akan menggunakan konsep perumahan komuniti berpagar (gated community) bagi menambah baik pengurusan perumahan strata awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata penghuni skim perumahan itu akan menerima kad akses untuk pintu pagar masuk bangunan dan lif.

“Sekiranya mereka bayar (yuran penyelenggaraan) akan dapat akses (masuk), jika mereka enggan bayar, saya mohon maaf.

“Ini untuk pastikan setiap mereka bekerjasama sebagai satu komuniti yang boleh hidup aman, sentosa dan hormat menghormati,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/Mm1Ycug9BYU
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment