Write For Us

Bedah siasat ke atas Kim Jong-nam di HKL

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Van jenazah yang dipercayai membawa jasad Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, beredar dari Hospital Putrajaya di Putrajaya hari ini.
Van putih yang diiringi empat kenderaan polis itu dilihat bergegas keluar dari hospital itu pada jam 8.55 pagi ini bagi mengelak anggota media yang berkumpul di jabatan forensik hospital itu sejak petang semalam.
Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali turut dilihat berada di dalam sebuah daripada kenderaan itu.
Wartawan, termasuk media asing, terpinga-pinga apabila van itu meninggalkan hospital secara tiba-tiba.
Sumber di hospital itu berkata mayat warga asing itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Pegawai dari Kedutaan Korea Utara atau anggota keluarga lelaki berkenaan tidak kelihatan di bilik mayat itu, yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan hospital.
Polis mengesahkan bahawa lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada hari Isnin ialah Kim Jong-nam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment