Write For Us

"Mana laporan bedah siasat?" tanya Ibu Thaqif

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Keluarga adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi hari ini tampil menggesa pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera mengeluarkan keputusan hasil bedah siasat kedua anak mereka.
Ibunya, Felda Wani Ahmad berkata ini kerana sehingga kini beliau masih menunggu laporan itu.
"Pihak hopital kata laporaan perubatan akan keluar dalam masa 30 hari tapi arwah dah meninggal lebih 40 hari dan laporan masih belum ada," kata Felda dalam sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pada pagi 18 Mei lalu kubur adik Mohamad Thaqif diarahkan digali semula oleh pihak mahkamah selepas pakar patologi tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada.
Memetik laporan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 19 Mei keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel kaki Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata pihak berwajib perlu mendedahkan keputusan hasil bedah siasat Mohammad Thaqif bagi mengelak berlakunya penyelewengan laporan-laporan tersebut.
Terdahulu, Mohamad Thaqif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul dengan getah paip oleh pembantu warden di madrasahnya.
Kecederaan tersebut telah menyebabkan kedua-dua kakinya dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.
Doktor turut memutuskan untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun ditangguhkan kerana jantungnya yang tidak stabil sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment