Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bangun membangkit peraturan mesyurat bagi menyuarakan bantahan berhubung sekatan soalan-soalan yang mahu diutarakan pihak pembangkang mengenai skandal 1MDB.
"Adalah jelas semua soalan yang dibangkitkan oleh pembangkang berkaitan dengan kes SRC dan 1MDB ditolak. Kenapa ditolak?
"Ini adalah Parlimen. dan soalan yang dibangkitkan adalah jelas. Kita minta apakah status siasatan. Kalau kita tak boleh tanya di Parlimen, kita nak tanya di mana?
"Ini sangat jelas. Takkan kita nak tolak semua soalan. Bukan saya bertanya berkenaan dengan 1MDB, saya tanya status siasatan. Ini Parlimen, kita ada hak tanya soalan, tak perlu berselindung dengan cara menghentikan kami daripada tanya soalan," kata Gobind yang mahukan penjelasan.
Kemudian, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bangun mencelah sambil berkata tidak perlu Gobind meninggikan suara ketika berucap.
"Puchong, tak payah la jerit-jerit.
"Dalam Parlimen, ini bukan tempat samseng. Cakap la baik-baik," kata Abdul Azeez.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment