Write For Us

'Dah tanya Tun M banyak kali macam mana anak-anak boleh kaya'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
161 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan media arus perdana yang memaparkan laporan mengenai kekayaan dan kemewahan gaya hidup cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau media bukan mainstream (portal) dedah kekayaan pegawai, menteri boleh? Jangan ada double standard.
"Kita pun nak tahu juga mana datang kekayaan ni. Saya dan tanya Dr Mahathir banyak kali dah macam mana anak boleh kaya, bukan pandai meniaga pun.
"Apa salah tunjuk kemewahan asalkan sumber halal. Dalam agama juga tidak menyalahkan umatnya mencari kekayaan. Cuma sumbernya saja kita kena tahu, kenapa takut ke?" kata Nazri dalam sidang media majlis pra pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di bangunan Parlimen, hari ini.
Nazri berkata demikian mengulas artikel dua akhbar pro-Umno mengenai gaya hidup anak perempuan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Meera Alyana Mukhriz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment