Write For Us

Keluarga mangsa mati dalam tahanan tuntut inkues, laporan bedah siasat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
48 Views
Published
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama keluarga seorang mangsa kematian dalam tahanan hari ini menyerahkan memorandum kepada Ramkarpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) berhubung kematian Kim Shih Keat, pada 28 Jun lalu.

Memorandum itu bagi menuntut satu inkues dijalankan segera berhubung punca kematian Kim serta memohon dokumen tertunggak seperti laporan bedah siasat dan toksikologi.

Dalam sidang medianya, Ramkarpal yang merupakan peguam bagi keluarga mangsa berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung punca kematian Kim walaupun selepas lebih sebulan ia berlaku.

Kim menjalani hukuman penjara di Penjara Kluang selama 7 hari atas kesalahan memandu di bawah pengaruh arak pada 22 Jun namun ditemui mati pada pagi 28 Jun, hari yang sepatutnya dia dibebaskan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment