Write For Us

Beg berisi wang lebih RM500k dijumpai di parkir kereta, polis seru pemilik tampil

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Beg bagasi berisi wang melebihi setengah juta ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah, di Damansara semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussien Omar Khan berkata, beg berwarna putih dan merah jambu tanpa pemilik itu ditemui oleh pengawal keselamatan pusat beli belah tersebut pada jam 8 pagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis membuka kertas siasatan untuk menyiasat pemilik wang berkenaan.

Dalam masa sama, Hussein meminta pemilik wang untuk menuntut di balai polis dengan bukti yang kukuh.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisSelangor/videos/942872987439368
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment