Write For Us

Hampir RM5.8 bilion wang tak dituntut pemilik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah, dalam rekod sehingga 30 Jun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata jumlah itu juga membabitkan lebih 55 juta rekod akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak dari tahun 1977.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat hari ini.
WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment