Write For Us

Beg sekolah berat: K'jaan tubuh Pasukan khas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya.
“Kementerian pendidikan tubuhkan task force untuk lihat serius bagaimana cara ringankan beg sekolah dan kami akan ambil kira pandangan pelbagai pihak dalam isu ini.
“Tapi dalam tempoh terdekat akan berikan kuasa kepada sekolah untuk mengambil inisiatif mereka tersendiri merancang cara yang terbaik meringankan beban beg sekolah anak-anak ini dan berikan sepenuh kuasa kepada mereka untuk guna kreativiti demi masa depan anak-anak kita,” katanya.
Maszlee berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penghargaan berkaitan keputusan Qs melibatkan ranking universiti dunia di Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya, hari ini.
Sebelum itu beliau ditanya kaedah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian dalam menangani masalah beg sekolah yang terlalu berat melibatkan murid-murid.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment