Write For Us

Bekas CEO THHE didakwa pecah amanah RM2.5 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering (THHE) Bhd. yang pernah ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada November tahun lalu, didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Tertuduh Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, 51, yang ditahan semula oleh SPRM semalam, memohon untuk dibicarakan atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000, RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.
Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat serta boleh dikenakan denda.
Hakim Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes ialah pada 15 Mac 2017.
Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya S.Thangavelu.
Pada 15 November 2016, tertuduh telah direman selama tujuh hari oleh SPRM selepas dipercayai terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa dan menerima wang suapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment