Write For Us

Bekas Guru Besar didakwa pecah amanah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Seorang bekas guru besar didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Georgetown, pada Selasa 14 Januari, atas lapan pertuduhan pecah amanah sebanyak RM35,500 sejak 2015.
Chan Thye Choon, 61, bekas Guru Besar Sekolah di Georgetown bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim.
Mengikut tujuh pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan jenayah pecah amanah berjumlah RM15,500 membabitkan bayaran sewa padang sekolah di sebuah bank antara 10 November 2015 hingga 8 Disember 2016.
Bagi pertuduhan terakhir, Thye Choon didakwa melakukan pecah amanah melalui penerimaan empat cek berjumlah RM20,000 daripada sebuah syarikat membabitkan bayaran sewa padang antara 19 Januari hingga 7 Mac 2017.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment