Write For Us

Bekas pegawai Datuk Bandar songlap lebih RM19j

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
BEKAS pegawai khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini terhadap 15 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram bernilai RM19.39 juta antara Februari hingga September tahun lalu.



Tertuduh, Mohd Yusof Abu Hassan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.



Tertuduh berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, selepas didakwamelakukan pecah amanah berjumlah RM11.2 juta sekitar Februari hingga Ogos tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment