Write For Us

Datuk Bandar KL anggap BERSIH 5 degil

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
161 Views
Published
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Amin Nordin Abd Aziz menganggap penganjur BERSIH5 sebagai "degil" kerana tetap mahu menerushakn perhimpunan berkenaan iaitu berhampiran dengan Dataran Merdeka.
Oleh itu, tegas Mohamad Amin ekoran keengganan BERSIH5 mengubah plan asal mereka maka beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak lebih lanjut.
"Dia orang ini degil, kita dah tolak tapi mereka akan turun juga jadi kita siapkan dengan polislah. Kita akan kawal dengan polis," kata Mohamad Amin.
Mohamad Amin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Majlis Dialog Bajet DBKL 2017 bersama ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat di Institut Latihan DBKL, Kuala Lumpur.
Semalam Pengerusi BERSIH 2, Maria Chin Abdullah berkata beliau tetap meneruskan perhimpunan dijadual pada 19 November ini di tempat yang ditetapkan, namun tidak akan memasuki Dataran Merdeka.
Pengerusi pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu berkata hasil pertemuannya dengan pihak polis mereka akan meneruskan perhimpunan BERSIH5 mengikut rancangan asal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment