Write For Us

Bekas Pegawai Tinggi tentera mahu ada demo balas jika...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Sekumpulan anggota bekas tentera bercadang mengadakan perhimpunan balas jika terdapat unsur politik dalam rancangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada bulan Julai ini.
Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh kira-kira 100 anggota veteran tentera di Kuala Lumpur hari ini, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata kumpulannya itu tidak ragu-ragu jika PVTAM menganjurkan perhimpunan yang terlibat dengan politik.
"Kita membantah himpunan yang mempunyai unsur politik kerana ini melanggar Akta Veteran 2012 yang menyatakan bahawa PVATM tidak seharusnya menjadi persatuan yang terbabit dalam politik," katanya
Jika disahkan bahawa himpunan Julai ini mempunyai unsur politik, Mohd Arshad berkata, kumpulan itu akan mempertimbangkan untuk mengadakan perhimpunan balas.
"Jika dia (Presiden PVATM, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor) fikir dia boleh menggerakkan 100,000 veteran untuk menghadiri perhimpunan tersebut, saya juga boleh mendapatkan 100,000 (untuk menghadiri perhimpunan balas).
“Ia tidak menjadi masalah," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment