Write For Us

Bekas pengerusi SPR bakal cabar Ku Nan di Putrajaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman akan diumumkan Ahad ini sebagai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk parlimen Putrajaya.
Menurut sumber dari BERSATU, perkara itu telah disahkan dalam mesyuarat yang diadakan minggu lalu dan dijangka diumumkan oleh Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Difahamkan bahawa terdapat tiga nama lain yang dicadangkan untuk Putrajaya selain Abdul Rashid.
Antaranya termasuklah Ketua Bahagian BERSATU Putrajaya Hasnul Hadi, Ketua Bahagian BERSATU Wangsa Maju Ahmad Thamby Kadi dan ahli akademik Samsu Adabi Mamat.
Abdul Rashid yang merupakan naib presiden BERSATU itu akan dijangka akan berdepan penyandang Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menang kerusi itu dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dengan 5,541 majoriti mengalahkan Husam Musa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment