Write For Us

Bekas pengerusi agensi k'jaan, CEO wanita ditahan SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.
Turut direman, seorang wanita iaitu Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.
Majistret Irza Zulaika Rohanuddin, membenarkan kedua-dua individu tersebut direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Januari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lelaki tersebut yang berusia 64 tahun pada kira-kira pukul 5.50 petang. SPRM turut menahan seorang wanita berusia 32 tahun pada kira-kira pukul 5.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas mereka hadir memberi keterangan.
Menurut sumber, bekas pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai pengerusi, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus dalam projek Kempen Pengiklanan Digital bagi Pasaran China bagi tempoh 2018-2020 yang dianggarkan berjumlah lebih RM99 juta yang menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment