Write For Us

Saya hanya jalankan tugas - bekas bos agensi perisik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Peguam kepada bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berkata anak guamnya ketika prosiding reman telah merayu bahawa beliau hanya menjalankan tugas berdasarkan perintah kerajaan.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Shaharudin Ali berkata Mahkamah Majistret Putrajaya memberikan lanjutan reman selama sehari, berbanding tujuh hari seperti yang dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Hasanah membuat kenyataan kepada mahkamah pagi ini. Secara ringkas dia antara lain menyatakan hanya menjalankan tugas sebagai ketua pengarah MEIO di bawah perintah dan arahan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata Hasanah dijangka dibebaskan daripada tahanan SPRM pada pukul lima petang esok.
SPRM menahan Hasanah pada 28 Ogos dan dikenakan reman selama lima hari keesokannya.
Penahanan itu berkaitan dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit oleh pegawai risikan kerajaan. Selain Hasanah, tujuh lagi bekas pegawai MEIO turut ditahan.
Shaharudin berkata Hasanah telah memberitahu mahkamah bahawa dia tidak dapat tidur semalam kerana menantikan pembebasannya pagi ini, dan terkejut apabila mendapati SPRM memohon remannya dilanjutkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment