Peguam Shaharuddin Ali berkata beliau diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat dua putera Arab Saudi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit melibatkan pegawai risikan kerajaan.
Peguam yang mewakili bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid itu berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya semasa prosiding tahanan reman hari ini.
"Nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga disiasat oleh SPRM berkaitan dengan isu Datuk Hasanah dan tujuh pegawai ME10 yang lain. Jadi mereka mengatakan bahawa mereka akan menemuduga Datuk Hishammuddin tak lama lagi.
"SPRM juga mengatakan mereka juga ingin mengesan dua orang putera raja Saudi Arab. I have no idea how these people are involved (Saya tidak tahu bagaimana orang ini terbabit). Saya difahamkan perkara-perkara yang disebut oleh SPRM ini hendak dilakukan dalam tempoh tujuh hari – tempoh yang mereka pohon.
"Datuk Hasanah juga menafikan Datuk Hishammuddin dan dua (putera) Arab Saudi terlibat dengan apa cara pun dalam kes ini," kata Shaharudin kepada wartawan selepas prosiding reman hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment