Write For Us

Bekas wartawan TV3 umum tanding PRU14 di Temerloh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Bekas wartawan penyiaran stesyen televisyen TV3 yang kini bergerak aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar, Mohd Khaidir Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket bebas.
Mohd Khaidir 56, yang juga Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) berkata, beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Temerloh dan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan yang sama.
"Keputusan itu dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya bagi memperjuangkan isu alam sekitar. Saya memilih bebas kerana tidak ada lagi mana-mana parti politik yang berani menyuarakan isu alam sekitar di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama ini.
"Jadi saya memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh tetapi masih memikirkan sama ada akan bertanding di DUN Lanchang atau Kuala Semantan.
"Asalnya saya mahu bertanding di Kuala Semantan tetapi selepas persempadanan semula kawasan kediaman saya berubah masuk ke dalam DUN Lanchang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment