Write For Us

Video penuh PAS umum 20 tawaran manifesto PRU14

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
93 Views
Published
PAS bersama Gagasan Sejahtera melancarkan manifestonya pada malam tadi dengan menyenaraikan sembilan teras serta 20 tawaran utama.
Pelancaran manifesto yang disempurnakan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut dihadiri wakil daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), dan BERJASA
Semasa pelancaran manifesto berkenaan di sebuah hotel di Cyberjaya, terdapat juga gimik yang dilakukan iaitu sepuluh orang pemuda memasuki dewan tempat berlangsungnya acara itu dengan membawa 10 bendera Malaysia.
Antara perkara menarik yang ditawarkan PAS dan Gagasan Sejahtera itu ialah menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil.
Antara yang dicadangkan PAS ialah pelaksanaan Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia
Gagasan Sejahtera juga berjanji untuk melupuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringkan bebanan anak muda.
Melalui langkah itu kata PAS ia menjadi inisiatif permulaan ke arah pelaksanaan pendidikan percuma.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment