Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata belum ada kata putus mengenai status Felda United dan T-Team ( Terengganu FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
TMJ yang juga Pengerusi Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) berkata apa juga keputusan akan ditentukan menerusi mesyuarat pada Khamis ini.
"Akan ada mesyuarat dalam minggu ini, tak silap saya hari Khamis dan keputusan mengenai status FELDA United dan T-Team akan dibuat selepas itu, buat masa ini saya belum tahu lagi".
Sebelum ini FMLLP berkata Felda United mungkin diberi lesen sementara untuk beraksi dalam Liga Super setelah tidak diberikan lesen kerana gagal memenuhi tempoh tarikh mendapatkan lesen.
Bagi kes T-Team, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan penstrukturan semula dengan T-Team menjadi Terengganu FC ll dan memohon untuk bermain di Liga Perdana.
T-Team bermain di Liga Super musim ini dan mengekalkan kedudukan itu manakalaTerengganu bermain di Liga Perdana musim ini dan layak ke Liga Super musim hadapan

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment