Write For Us

Berapa kali Agong, PM, TPM guna jet kerajaan? Ini jawab Azalina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Yang Dipertuan Agong menggunakan perkhidmatan Pesawat Eksekutif Kerajaan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak 89 kali bermula tahun 2014 sehingga 2016.
Dalam tempoh yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan perkhidmatan pesawat terbabit sebanyak 181 kali manakala Timbalan Perdana Menteri pula sebanyak 10 kali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata secara keseluruhan sebanyak 280 penerbangan dilaksanakan oleh Pesawat Eksekutif Kerajaan untuk kegunaan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan berapa kalikah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan jet peribadi VVIP Kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment