Segala kenyataan yang dibuat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan dikeluarkan oleh laman rasmi The Royal Johor, laman rasmi JOHOR Southern Tigers dan juga akhbar The Star.
Dalam satu kenyataan, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata jikalau ada kenyataan daripada sumber luar selain dari yang dinyatakan, ia adalah tidak benar sama sekali.
Ini berikutan tindakan laman web 'The Independent’ yang menyiarkan artikel 'johor crown prince chides no balls malaysian minister' yang menggunakan dan memutarbelitkan kenyataan Tunku Ismail berkenaan isu politik di antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz dan jutawan, Tan Sri Robert Kuok, semalam.
Kata Abdul Rahim, Tunku Ismail tidak pernah langsung memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan menerima laporan polis berkenaan artikel palsu tersebut awal pagi tadi.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998.
Semakan KiniTV mendapati artikel di laman web terbabit tidak ditemui dan kemungkinan telah ditarik balik.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment