Write For Us

Sultan Johor titah JAINJ berhenti berurusan dengan Jakim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas ini.
Memetik Sinar Online, baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.
Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Pegawai Kader Jakim, Zamihan Mat Zin mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.
Baginda bertitah ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment