Write For Us

Menteri, JAKIM belum dibenar mengadap Sultan Johor

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
109 Views
Published
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom masih belum mendapat kebenaran mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung dobi eksklusif Muslim di Muar.
Ketika wartawan mengajukan soalan, Jamil cuba melarikan diri dengan menuju ke arah lif berhampiran dan hanya sempat mengulas secara ringkas mengenai perkara itu.
“Kita tunggu kebenaran,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia, di Hotel Grand Seasons, hari ini.
Jamil dan Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha pada 14 Okt lalu memohon mengadap Sultan Johor bagi memberi penjelasan ekoran penahanan penceramah Dr Zamihan Mat Zin.
Pada 8 Oktober lalu, Zamihan yang juga pegawai kader Jakim didakwa menyampaikan ceramah berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja berkenaan dobi eksklusif Muslim.
Susulan itu, Zamihan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis dua hari kemudian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment