Write For Us

Berita palsu: Zed Zaidi didakwa di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Lima individu - termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi - didakwa di mahkamah pagi ini.
Menurut Bernama, Zed serta empat yang lain dituduh membuat kenyataan mengenai wabak Covid-19 di media sosial sehingga boleh menyebabkan kegentaran kepada orang ramai.
Pada akhir Jan lalu, Zed menjadi sasaran kecaman dan dilabel "bodoh" kerana berkongsi maklumat palsu mengenai penyakit yang berpunca dari wilayah Hubei, China.
Dia menjadi bahan sendaan kerana memuat naik imej yang dijana melalui aplikasi dalam talian ke akaun Facebook dan Twitter.
Kesan kecaman dan persendaan itu, Zed tampil membela diri dengan mendakwa dia memang mengetahui apa yang dikongsikannya itu adalah berita palsu.
Tiga hari kemudian dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment