Write For Us

BERSATU belum lahir, Najib telah melompat - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa pelik terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kerana menyerang parti BERSATU dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kota Tinggi baru-baru ini.
Muhyiddin berkata walaupun BERSATU belum lagi diluluskan ROS, Najib bertindak secara tergesa-gesa menyerangnya dengan mengaitkan kerjasama politik BERSATU dengan DAP.
Kata Muhyiddin, Najib memulakan taktik kotor untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkarannya.
Jelas Muhyiddin, Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain UMNO, di samping menerima kepimpinan Najib yang terpalit dengan skandal rasuah.
Muhyiddin juga menyarankan Najib agar berhubung dengan ROS untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai BERSATU.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment