Write For Us

BERSATU dibubar? Kami bersedia, kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan mereka terpaksa membuat persediaan berdepan kemungkinan parti itu dibubar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bersedia dengan pelbagai kemungkinan keputusan daripada ROS kelak.
Mahathir berkata demikian ketika sidang media di Tanah Merah, Kelantan, ketika menghadiri program Ramah Mesra Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN), semalam.
Terdahulu, ROS mengeluarkan notis kepada BERSATU yang memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan itu termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota-anggota parti itu.
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata sekiranya BRRSATU gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta sebagaimana notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2), tindakan susulan boleh diambil mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan perintah pembubaran ke atas parti berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment