Write For Us

Tetapkan masa...saya bersedia, kata Hadi pada Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan jemputan bertulis kepada pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan forum bersama.
Ini selepas perdana menteri berkata beliau tidak akan berforum dengan Abdul Hadi hari ini tetapi mungkin pada 'waktu yang lain'.
"Inshallah boleh, bolehlah, tetapkan masa," katanya kepada wartawan semasa ceramah PAS yang diadakan di Kampung Batu Tembok, Linggi malam tadi.
Abdul Hadi berkata beliau sudah bersedia dan menyerahkan kepada Mahathir untuk memutuskan tajuk topik pada forum berkenaan.
Mahathir akan tiba di Port Dickson dan berkempen untuk calon HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di PD Waterfront malam ini.
Abdul Hadi berkata, beliau berminat untuk mengadakan forum dengan Mahathir ketika perdana menteri tiba di Port Dickson untuk berkempen dalam pilihan raya kecil itu.
Mahathir bagaimanapun berkata beliau turun ke Port Dickson hanya untuk berkempen untuk Anwar tetapi tidak menolak kemungkinan berforum dengan Abdul Hadi 'pada waktu yang lain'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment