Write For Us

'Bersatu, tak usah risau dengan bekas Umno'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Bekas ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin meminta ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak risau dengan kemasukan bekas Umno ke dalam parti itu.
Katanya, penghijrahan ramai bekas Umno ke Bersatu bukan disebabkan oleh jawatan dan pangkat semata-mata.
Anggota parlimen Masjid Tanah itu berkata demikian selepas sesi ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas ahli Umno yang menyertai Bersatu selepas pilihan raya umum (PRU) lalu tidak dibenarkan memegang jawatan sehingga PRU ke-15.
Mas diterima untuk menyertai Bersatu secara rasmi pada 21 Dis lalu setelah mengumumkan permohonan menyertai Bersatu pada 13 Dis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment