Write For Us

BERSATU tetap berharap kerjasama dengan PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tetap berharap supaya dapat menjalin kerjasama dengan PAS dalam masa terdekat ini.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BERSATU telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan PAS serta sedang menunggu respon parti Islam itu sekali gus menandatangani MOU.
"Kita telah adakan mesyuarat pertama dan sedang menunggu untuk isyarat kedua bila kita boleh duduk bersama lagi, selepas itu kita akan tandatangani MOU. Kita sedang tunggu respon," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk dengan PAS.
Awal November lalu PAS mengesahkan bahawa parti itu pernah berbincang dengan Muhyiddin mengenai jalinan kerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan, bentuk kerjasama masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada kedua-dua belah pihak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment