Write For Us

Tiada kerjasama dengan BERSATU, kata Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Katanya keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di Marang.
Video tersebut dimuat naik Terengganukini di Youtube.
Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Abdul Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan BERSATU untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Abdul Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata BERSATU memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment