Write For Us

Bersedia laksana PKP jika rakyat tidak hargai kelonggaran diberi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Rakyat Malaysia perlu bersedia berdepan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa semula, sekiranya penularan jangkitan COVID-19 yang sebelum ini mencatatkan penyusutan kembali meningkat.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, menitipkan pesanan bahawa apa yang berlaku ketika situasi semasa mungkin berbeza dengan persekitaran semalam.

Sehubungan itu, katanya, setiap keputusan kerajaan sebenarnya bergantung kepada situasi semasa dan data mengenai kadar penularan COVID-19 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bagaimanapun, setiap kebebasan perlu dihargai dengan penuh tanggungjawab , iaitu menjaga kepentingan diri dan masyarakat, termasuk keselamatan keluarga sendiri," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment