Write For Us

BERSIH gesa siasat aktvisnya diganggu Polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
NGO BERSIH 2.0 hadir ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi menggesa badan itu menjalankan satu siasatan ke atas gangguan berterusan polis terhadap aktivisnya ketika perhimpunan Bersih 5 November lepas.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata sejak Oktober 2016 hingga 15 Ogos 2017, sebanyak 122 tangkapan dan siasatan berkaitan aktiviti Bersih 2.0.
Untuk rekod aduan hari ini adalah yang ketiga difailkan selepas dua laporan dibuat kepada pejabat Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tadbir Urus, Integriti dan Hak Asasi Manusia serta Suhakam namun masih tiada tindakan.
"Kita pasti akan menyusul dengan ketiga-tiga institusi itu," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan laporan itu di ibu pejabat EAIC di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Operasi EAIC, Muhammad Bukhari Abdul Hamid menerima aduan tersebut dan berkata beliau akan melihatnya tetapi enggan mengulas lebih lanjut.
Daripada 122 kes, 63 tangkapan atau siasatan adalah terhadap Konvoi Bersih 5 (dari 1 Oktober hingga 18 Oktober, 2016); 36 siasatan atau tangkapan atas perhimpunan Bersih 5 (19 November, 2016); 14 siasatan berkaitan penahanan Maria di bawah Seksye 124C Kanun Keseksaan dan 9 siasatan ke atas vigil Bebas Maria.
Maria berkata kesemua 122 kes bertumpu kepada dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 147 Kanun Keseksaan (rusuhan), Seksyen 504 dan 505 Kanun Keseksaan, juga Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan menjejaskan demokrasi Parlimen).
Bersih 2.0 dalam tuntutan sama turut mahu EAIC menyiasat adakah polis gagal bertindak terhadap ancaman bunuh yang diterima Maria, Mandeep Singh, Ambiga Sreenevasan serta tiga anak lelaki Maria, penyalahgunaan kuasa oleh polis semasa perhimpunan Bersih 5 bagi menghalang ia diteruskan dan serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 dan tahanan Maria di bawahAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment