Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau bukan mangsa dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
"Saya rasa dia (Shahrizat) betul.
"Mungkin bunyinya lawak, tapi mangsa sebenar adalah lembu-lembu itu, saya rasa mereka terseksa untuk tempoh tertentu," katanya dalam satu temu buat bersama Malaysiakini.
Menurut Rafizi, terdapat lembu yang mati ketika proses penghantaran dari Australia ke Gemas, Negeri Sembilan selain hampir kesemuanya kurus kerana tidak diberi makan rumput yang sepatutnya.
Selain lembu-lembu itu yang terseksa, Rafizi berkata, mangsa sebenar yang turut merana dari skandal NFC adalah rakyat Malaysia yang membayar cukai, yang terpaksa membayar RM250 bilion yang diperuntukkan untuk NFC.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment