Write For Us

HARAPAN bukan miskin duit tapi miskin ahli, kata PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan sebuah parti miskin dari segi dana, namun gabungan itu miskin ahli, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu 'miskin' serta tidak mempunyai sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan memasang bendera dalam kempen pilihan raya umum ke-14.
Kata bekas perdana menteri itu, keadaan itu berbeza dengan PAS yang didakwa menerima banyak derma daripada pihak tertentu.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS memiliki anggotanya yang melakukan gerak kerja bagi memasang bendera atas usaha dan pengorbanan mereka tanpa bergantung sebarang sumber kewangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment