Write For Us

Betul ke Rania Zara transgender?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bertanya kembali kepada pemberita sama ada benar Ratu Trans Women 2017 Rania Zara Medina seorang mak nyah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelantikan Rania Zara, sebagai anggota jawatankuasa Mekanisme Penyelerasan Negara (CCM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Apa transgender? Awak dah periksa dia ke? Betul ke dia transgender?
“Saya tidak tahu macam mana dia transgender, saya tidak jumpa dengan dia," katanya dalam nada gurau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, sepucuk surat dari Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berhubung pelantikan Rania Zara menjadi tular.
Lee berkata, pelantikan itu dibuat melalui prosedur sedia ada dan bagi mewakili kumpulan transgender dalam CCM Malaysia untuk penggal 2019/2021.
Jawatankuasa itu bertujuan mengawal HIV dan Aids daripada merebak, sejajar dengan pelan strategik nasional untuk menangani penyakit itu.
Surat bertarikh 25 Jun tersebut turut dikongsi di laman sosial Facebook Rania Zara. Menerusi surat itu dia memaklumkan sudah memulakan tugas sejak 1 Julai lalu.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelantikan tersebut sebelum memberikan ulasan lanjut dan ia akan dibawa ke mesyuarat pascakabinet peringkat KKM untuk dibincangkan dan diberikan penjelasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment