Write For Us

Beza ketika zaman Tun M dan Najib melawat US

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Di mata Tun Dr Mahathir, ada perbezaan ketara antara dua lawatan beliau ke Rumah Putih berbanding pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump.
Kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, beliau bertemu dengan Presiden Ronald Reagan pada 1984 selepas mengadakan lawatan rasmi ke beberapa negara lain.
Dr Mahathir berkata, ketika baru dilantik menjadi perdana menteri pada 1981 duta AS cuba mendapatkan satu slot untuk bertemu dengan Reagan dan beliau pada asalnya menolak.
"Saya beritahu duta itu, saya tak nak pergi Amerika, saya pergi negara kepulauan Pasifik dulu kemudian negara-negara Asean barulah negara lain.
"Selepas tiga tahun barulah saya pergi AS dan itu pun dengan syarat, saya lihat apakah jenisnya (sama ada bersifat rasmi atau tidak)," kata beliau dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.
Dr Mahathir ditemui di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Semalam perdana menteri mengadakan pertemuan dengan presiden ke-45 AS, Donald Trump, yang menarik banyak reaksi di dalam negara.
Ketika penyokong kerajaan mempertahankan lawatan berkenaan, sebahagian besar pembangkang pula mengkritiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment