Write For Us

PSS cadangan RCI ketika zaman BN - Shafie Apdal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) adalah cadangan yang diambil kerajaan negeri daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PTI) bagi mengatasi masalah lambakan pendatang asing di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RCI yang ditubuhkan ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan beberapa cadangan dalam mencari penyelesaian kepada masalah itu dan ia diluluskan di Parlimen ketika itu.
Justeru, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu berkata dakwaan dan kritikan pihak tertentu bahawa menyokong WARISAN adalah sama seperti menyokong PSS adalah tidak berasas.
Beliau berkata demikian ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di kawasan Sinuka di Kimanis pada Rabu malam, 8 Januari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment