Write For Us

Shafie Apdal direman 4 hari, laungan 'Bebas Shafie' di luar mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal terpaksa menghabiskan masa pada hari lahirnya yang ke-60 hari ini di bawah tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Agensi antirasuah itu hari ini mendapat kebenaran mahkamah menahan Shafie selama empat hari.
Perintah itu dikeluarkan majistret Cindy Mc Juce Balitus, lapor FMT.
Beberapa penyokong Shafie yang setia menunggu beliau dari jam 2.20 petang tadi sehingga jam 5.21 petang melaungkan 'Bebas Shafie' sewaktu beliau meninggalkan perkarangan mahkamah Kota Kinabalu.
Shafie yang pernah digelar "kereta kebal Umno" kerana kegigihannya membawa parti itu ke Sabah ditahan SPRM kira-kira jam 9 malam tadi.
Beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu untuk diambil keterangan mengenai siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion yang pernah dikendalikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Semasa dalam kerajaan Shafie pernah berkhidmat sebagai menteri di kementerian berkenaan.
Sebelum itu beliau yang sebelum ini dipilih anggota Umno untuk menjadi naib presiden mereka, tiba di bangunan mahkamah di Kota Kinabalu menaiki ambulans.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment