Write For Us

Biar bermaruah, Isa dan Zakaria kena letak jawatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi, menyarankan dua orang besar yang berseteru di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya meletak jawatan.
Katanya, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV.
Puad menambah pertelingkahan terbuka antara pengerusi FGV itu dengan presiden serta ketua pegawai eksekutif kumpulan agensi itu amat memalukan.
Puad yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian sebagai mengulas kemelut yang melanda syarikat berkenaan sejak dilaporkan media semalam.
Isu itu berbangkit apabila Zakaria diarah bercuti serta-merta oleh anggota lembaga pengarah FGV.
Bagaimanapun Zakaria menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan mempertahankan dirinya daripada sebarang tuduhan.
Kata Puad, paksaan cuti kepada seseorang pegawai kanan sesebuah organisasi atas alasan untuk membolehkan siasatan dalaman dijalankan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses pemecatan.
Beliau berkata, timbul persoalan sama ada konflik yang berlaku di FGV itu adalah fenomena berterusan dalam pengurusan institusi berkaitan dengan orang Melayu.
Justeru, kata Puad, Isa dan Zakaria wajar meletak jawatan secara sukarela.
Katanya, kedua-dua mereka juga tidak perlu menunggu campur tangan perdana menteri untuk membuat tindakan begitu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment