Write For Us

'Saya tak salah kenapa saya kena letak jawatan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyambut baik pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungannya dan tiga lagi pegawainya.
Zakaria berkata ini kerana ia mampu merungkai segala persoalan dan kemlut yang melanda FGV.
"Bagi saya bagus cadangan Idris sekurang-kurang tidak adalah timbul isu berat sebelah dan tiadalah penglibatan dari pihak dalaman atau pegawai. Tak elok juga kalau dari kalangan pegawai saya, tak bagus,"
"Kalau pegawai saya buat nanti dia pun serba salah nak buatkan, saya rasa elok keputusan yang bijak oleh kerajaan untuk melantik pihak ketiga," kata Zakaria ketika ditemui diperkarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya sebentar tadi.

Kerajaan hari ini melantik Idris yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment