Write For Us

'Pasal apa nak letak jawatan? Bukan saya yang salah'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
125 Views
Published
Tan Sri Isa Samad mempersoalkan mengapa beliau digesa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Venture Bhd (FGV), sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda hari ini.
Isa berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan supaya Isa dan ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad berundur dari FGV.
Isa ketika ditanya ada berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan kemelut yang melanda FGV menolak untuk berbuat demikian kerana enggan membabitkan Najib.
“Itu saya tak boleh cerita lah saya jumpa PM atau tidak. Saya tak nak babitkan PM,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment