Write For Us

Biro Politik PKR akan bincang dakwaan terhadap MP Sg Siput

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Mesyuarat Biro Politik PKR esok dijangka membincangkan dakwaan gangguan seksual terhadap Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan.
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata mesyuarat itu akan memutuskan untuk menubuhkan siasatan dalaman terhadap Kesavan.
"PKR akan adakan satu mesyuarat biro politik esok dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat dan mereka buat keputusan, jadi kita tunggu," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Zuraida ditanya sekiranya PKR akan mempertimbangkan untuk menyiasat Kesavan berikutan kenyataan akhbar oleh Kumpulan Untuk Kesaksamaan Gender (JAG) semalam yang menggesa parti itu untuk melakukan siasatan dalaman terhadap Kesavan.
"Kami menggesa PKR untuk mengambil tuduhan gangguan seksual secara serius dan segera melancarkan siasatan dalaman. PKR perlu melantik sebuah panel penyiasatan yang bebas, mempunyai kepakaran mengenai gangguan seksual," kata JAG.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Kesavan dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput saling membuat laporan polis antara satu sama lain.
Wanita tersebut mendakwa Kesavan membuat gangguan seksual dengan menunjukkan gambar-gambar lucah dan juga buku 'kamasutra'.
Kesavan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mendakwa wanita itu menaruh hati kepadanya dan juga cuba menganggu rumah tangga.
Dalam laporan polisnya, Kesavam mendakwa wanita tersebut sering menelefonnya berpuluh kali sehari mengakibatkan beliau menghadapi gangguan perasaan.
Bagaimanapun, wanita itu memberitahu Malaysiakini dia ingin menyaman malu terhadap Keasavan.
Sementara itu, Kesavan pula berkata beliau sedia menghadapi perkara berkenaan di mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment