Write For Us

BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
104 Views
Published
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengesahkan dua orang wakil rakyatnya memilih menyokong Pakatan Harapan, yang sekaligus memberi majoriti di dewan negeri kepada Pakatan Harapan.
"BN Perak menerima keputusan Sultan Nazrin Shah untuk membenarkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Sokongan kepada Harapan juga telah diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu awal petang ini, setelah pemimpin dari gabungan itu bertemu dengan Sultan di Istana Kinta.
Dalam pilihan raya hari lepas, Harapan memenangi 29 kerusi, satu sahaja kerusi kurang daripada 30 yang diperlukan untuk membentuk majoriti mudah dalam dewan undangan negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment