Write For Us

Wakil rakyat HARAPAN juga perlu minta kebenaran masuk sekolah - Maszlee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini berkata ketetapan agar wakil rakyat perlu meminta izin daripada jabatan pendidikan negeri sebelum memasuki sekolah dikenakan kepada dua-dua pihak, baik pembangkang mahupun kerajaan.
Maszlee berkata kenyataannya sebelum ini "disalah tafsir" dan menjelaskan bahawa perkara itu telah ditetapkan dalam pekeliling sedia ada.
"Saya tidak mengatakan garis panduan, tapi kena meminta izin sebab ada kata saya melarang, saya banned, jadi itu perkara yang saya tak ada sebutkan.
"Cuma saya kata pekeliling sedia ada (sejak kerajaan terdahulu) mengatakan perlunya ada permohonan. Terpakai kepada semua tak kira pembangkang atau kerajaan.
"Cuma biasanya di pihak kerajaan biasanya pihak sekolah akan membuat permohonan untuk mereka tapi ia terpakai untuk semua," katanya dalam forum di Dewan Bahasa dan Pustaka malam ini.
Kenyataan terbaru Maszlee berhubung isu itu dibuat selepas beliau dikritik berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat sebelum ini yang memaklumkan bahawa anggota parlimen pembangkang perlu kebenaran daripada kementerian melalui pengarah jabatan pendidikan negeri untuk masuk sekolah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment